Isu dan kontroversi Teo_Nie_Ching

Ucapan di Surau Al-Huda Kajang

Pada 22 Ogos 2010, semasa menyampaikan sumbangan RM1000.00 kepada JK Surau Al-Huda Kajang, beliau telah dijemput menyampaikan ucapan ringkas tentang bantuan yang boleh dipohon dari kerajaan negeri Selangor .Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 mentafsir ucapan itu sebagai 'tazkirah' dan mengkritik perbuatannya tidak menutup kepala.[2] Sehubungan itu, YB Teo memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor. [3][4] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa melaporkan Sultan Selangor murka dengan kejadian itu.

Selepas daripada kejadian itu iaitu pada 30 Ogos 2010, YB Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang.

Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.[5]

Reaksi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengkritik jawatankuasa surau berkenaan kerana tidak merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan tidak memahami garis panduannya dan memberi nasihat kepada Teo Nie Ching garis panduan berpakaian dalam Masjid.

Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.
Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,

—Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Berita Harian

PAS Serdang yang diwakili oleh ketua Pemuda PAS Serdang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Adram Musa berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.[6]

Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini. Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor.Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum

—Mohd Adram Musa, Ketua Pemuda PAS Serdang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Malaysiakini.com

Pada 1 Mac 2010, Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pelancong bukan Islam dibenarkan memasuki ruang sembahyang dengan syarat tidak melakukan aktiviti agama yang bertentangan.[7], [8]

Persoalan lain

Selain itu terdapat persoalan mengenai haid dan junub, adakah wanita bukan Islam bebas junub? Ini berdasarkan hadis:-

sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.

Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.[9], [10][11]

Juga berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”

Bagaimanapun, kesalahan boleh dianggap di atas tanggungan AJK surau dan bukannya pada Teo Nie Ching yang dianggap tidak mengetahui hukum hakam Islam.